Laman Utama Isu kampus Berita Kampus Penyelidikan Panorama Teknologi Maklumat Info Umum English Seni Budaya Sukan Editorial UKM |
UKM
teroka angkasa
Oleh: Aminah Samsudin Mohd
PENUBUHAN
Institut Sains Angkasa (Institute for Space Research), Ogos tahun lalu
jelas mencerminkan usaha UKM ke arah merealisasikan hasrat Malaysia untuk
memajukan bidang sains angkasa. Pengarahnya, Profesor Baharudin Yatim
menyatakan, kekurangan tenaga manusia dalam bidang sains angkasa telah mendorong
penubuhan institut ini.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, institut ini akan menawarkan program pasca siswazah iaitu di peringat sarjana dan PhD. Beliau berkata, “Penubuhan-nya juga bertujuan meningkatkan lagi bidang penyelidikan dalam empat bidang utama iaitu bidang sains angkasa, teknologi angkasa dan aplikasi teknologi angkasa serta undang-undang angkasa.” Di samping itu, institut ini juga memainkan peranan penting dalam mencapai hasrat negara untuk maju dalam bidang sains angkasa.
Institut Sains Angkasa bakal menggabungkan mereka yang berbeza minat dan kepakaran iaitu saintis, jurutera, saintis sosial dan peguam dari beberapa jabatan berlainan di UKM. Selain itu, Profesor Baharudin berkata, tenaga pengajar dari luar negara seperti Rusia, Korea dan Jepun juga akan diambil oleh institut ini melalui kerjasama Kementerian Pendidikan dengan beberapa institusi dari negara-negara yang mempunyai kepakaran.
Walaupun negara
ketinggal-an kira-kira 50 tahun di belakang dalam bidang sains angkasa ini,
tetapi beliau percaya ia adalah satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah
dan boleh dibanggakan.
FSSK
bantu lahirkan pelajar cemerlang
Oleh: Mohd Sabri Abdullah
SETIAP pelajar di fakulti ini mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecemerlangan. Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Profesor Dr. Samsudin A. Rahim, berkata demikian ketika ditemui Nadi Bangi selepas melancarkan Program Kecemerlangan Pelajar FSSK 2003/2004, Januari lalu. Bagaimanapun katanya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada ia mahu atau pun tidak.
Pihak universiti telah menyediakan pelbagai ke-mudahan untuk para pelajar memperolehi kecemerlangan.Namun keputusan akhir terletak di tangan pelajar sendiri dan fakulti tidak boleh memaksa.Manakala, Profesor Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali selaku penasihat bagi program itu pula berkata, pihak fakulti sememangnya sentiasa menitik beratkan soal kecemerlangan di kalangan para pelajar ter-utamanya pelajar tahun satu.
Sehingga kini, pihak fakulti sentiasa mengawal selia para pelajar sejak di peringkat tahun satu lagi bagi memastikan mereka memilih kursus dan mengambil jumlah unit kursus yang bersesuaian. Kesilapan memilih kursus akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka.Kadang kala prestasi pelajar turut dipengaruhi oleh jumlah bebanan kursus yang di ambil mereka, mungkin kerana terpengaruh dengan rakan-rakan serta ingin menghabiskan pengajian dalam tempoh yang singkat, maka pelajar mengambil unit kursus yang tinggi menyebabkan prestasi mereka terjejas.
Beliau menyarankan agar pelajar yang menghadapi sebarang masalah mengenai pembelajaran agar mendapatkan nasihat dan maklumat yang tepat daripada pihak tertentu seperti dekan fakulti, ketua program, pensyarah dan sebagainya. Menurutnya, pelajar tidak seharusnya merasa malu untuk mendapatkan nasihat jika ia dapat membantu pelajar memperbaiki prestasi dan meningkatkan kecemerlangan.
Bagi beliau, seorang pelajar seharusnya berani untuk mengubah sikap dan
mempunyai tekad untuk mendapatkan ijazah kepujian yang cemerlang, dan bukannya
sekadar untuk mendapatkan ijazah kepujian sahaja. Fakulti akan sentiasa
memastikan program seumpama ini dijadikan sebagai aktiviti yang berterusan bagi
memastikan para pelajar sentiasa dapat memperbaiki kemampuan diri, di samping
dapat menggilap bakat yang sedia ada dalam semua aspek termasuk akademik dan
ketrampilan diri. Tambahan pula, pengisian program ini jelas adalah lebih
menjurus kepada membantu golongan pelajar dalam aspek pembelajaran, persediaan
tentang kerjaya di masa hadapan dan pembentukan sahsiah diri pelajar.
Laman Utama Isu kampus Berita Kampus Penyelidikan Panorama Teknologi Maklumat Info Umum English Seni Budaya Sukan Editorial UKM |