Laman Utama Isu kampus Berita Kampus Penyelidikan Panorama Teknologi Maklumat Info Umum English Seni Budaya Sukan Editorial UKM |
E-Learning
kaedah pembelajaran interaktif
Oleh: Aminah
Samsudin Mohd
PEMBELAJARAN
dan
pengajaran yang berasaskan kepada teknologi maklumat menyediakan generasi yang
kreatif, berketrampilan, inovatif dan mempunyai motivasi yang tinggi. Pensyarah
Komunikasi, Encik Mohd Azul Mohamad Salleh berpendapat kemajuan teknologi
maklumat dalam institusi pendidikan telah mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan medium penyampaian.
Beliau mempunyai pengalaman mengendalikan e-pembelajaran (e-learning) selama tiga tahun di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).Katanya, bahan pembelajaran dan pengajaran terdiri daripada elemen multimedia yang boleh dicapai sebarang masa (anytime) dan di mana jua (anywhere) melalui bahan multimedia.
Secara tradisional, proses pembelajaran dan pengajaran dalam pembelajaran jarak jauh (distance learning). Ia menggabungkan buku teks, bahan pembelajaran dari pensyarah, kelas bersemuka (face-to-face) dan menduduki peperiksaan di dalam dewan peperiksaan. Penggunaan multimedia dalam pendidikan masa kini telah membawa impak yang ketara dalam institusi pendidikan tinggi yang terdiri dari kepelbagaian tahap pelajar. Antaranya ialah perubahan kepada persekitaran pembelajaran pengajaran yang berkonsep kelas fizikal kepada kelas maya, kelas dalam talian (online class room) dan kelas maya (virtual class room).
Encik Mohd Azul menjelaskan, penyampaian bahan pembelajaran dan pengajaran bagi bahan multimedia menggunakan kombinasi dua mekanisma iaitu kelas bersemuka dan kelas dalam-talian yang interaktif (interactive on-line class).
Pembelajaran dan pengajaran akan disokong oleh komponen multimedia seperti komputer peribadi dan komunikasi rangkaian yang menyediakan persekitaran yang interaktif di antara pensyarah dan pelajar. Sistem ini memberi peluang kepada pelbagai tahap pelajar iaitu peringkat ijazah dan siswazah yang terdiri dari lepasan sekolah menengah hingga yang telah bekerja untuk belajar secara jarak jauh dan dalam-talian bagi mencapai bahan pembelajaran daripada pensyarah.Pada awalnya, bahan pembelajaran dan pengajaran disampaikan kepada pelajar hanya dalam bentuk teks sahaja.
Sekarang, bahan ini telah diintegrasi menggunakan komponen multimedia yang menyedia pelbagai perkhidmatan seperti mel elektronik (e-mail), mel audio (audio mail), pelayar web (web browser), chat, dan sidang video. Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan maklumat tanpa sempadan untuk membangun institusi pendidikan.
Ini kerana memudahkan pensyarah menyampai maklumat dan bahan pembelajaran kepada pelajar yang terletak di lokasi yang berbeza di seluruh dunia. Ini adalah merupakan satu lagi pilihan yang ada hari ini.
Radio Siber
Komunikasi penyiaran radio berteknologi moden
Oleh Kasturi a/p Annathurai
PERKEMBANGAN dalam kehidupan yang semakin mengalami arus transformasi banyak mempengaruhi penyiaran radio yang pelbagai genre.
Isu ini bangkit sebagai satu fenomena penting dalam masyarakat kampus kita. Penyiaran radio melalui Teknologi Maklumat (IT) menjadi suatu fenomena yang begitu menyerlah dengan kemasukan pelbagai teknologi. Peralatan teknologi berfungsi sebagai komponen komunikasi yang membentuk prasarana bagi pengaliran maklumat.
Dengan adanya komponen yang banyak maklumat yang berlegar di seluruh dunia dapat digarapkan dengan pantas dan meluas. Senario ini bakal melahirkan suatu generasi yang berilmu berpengetahuan.Penemuan Internet turut telah mewujudkan suatu revolusi dalam pengaliran maklumat sehinggakan berlaku suatu anjakan ke arah kelahiran masyarakat celik multimedia.
Sejajar dengan perkembangan ini, Pusat Media dan Komunikasi (PPMK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan (UKM) telah melancarkan program Penyiaran Radio Web di bawah penstrukturan program baru iaitu Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat yang telah dimulakan dengan pengambilan pelajar bagi sesi akademik 2003/2004.Menurut Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh, Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Radio Web atau lebih dikenali sebagai Radio Siber Komunikasi berkonsepkan latihan dan pendidikan.
Walaupun, Radio Siber Komunikasi ini masih di peringkat percubaan namun, pelancaran penyiaran radio tersebut telah mendapat lulusan daripada pihak Kedekanan serta sokongan dan kerjasama Pusat Komputer, UKM.Radio Siber Komunikasi ini adalah merupakan satu anjakan baru bagi Penyiaran Radio Kabel Komunikasi yang telah beroperasi selama ini.
"Setiap pelajar komunikasi harus mengetahui segala bentuk media misalnya, akhbar Nadi Bangi bercetak, akhbar digital Nadi Bangi online, penerbitan studio Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, berita siaran kampus dan Radio Siber Komunikasi”. Jelas beliau lagi.Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya pelajar Tahun Dua dan Tahun Satu yang mengambil kursus.
Dalam erti kata lain, Radio Siber Komunikasi lebih berbentuk kepada konsep latihan dan pendidikan di samping hiburan malah ia tidak berbentuk sebagai radio komersil. Masyarakat kampus, khususnya pelajar UKM merupakan khalayak sasaran utama yang ditujukan oleh Radio Siber Komunikasi.
Pelaksanaan Radio Siber Komunikasi turut merupakan salah satu matlamat utama PPMK dengan menyiarkan rancangan kepada kampus-kampus varsiti secara global (perancangan jangka panjang) pada bila-bila masa, di mana jua.Ini adalah bertujuan agar pelajar kampus dari seluruh negara akan dapat berkongsi maklumat di samping meningkatkan kuantiti pendengar Radio Siber Komunikasi.
Segala penyiaran rancangan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Selain itu, slot hebahan siaran dalam bahasa Arab, Thai dan Jepun turut diperuntukkan bagi siswazah UKM dalam meningkatkan mutu penyiaran di peringkat global.
Penyelaras penyiaran rancangan Radio Siber Komunikasi di PPMK, Prof. Madya Dr. Asiah Sarji menyatakan bahawa kandungan rancangan penyiaran meliputi etika penyiaran UKM yang berteraskan kepada konsep kebudayaan yang lebih menekankan kepada pelbagai etnik masyarakat.Menurut beliau lagi, pengendalian rancangan penyiaran disusun atur mengikut dua tempoh masa iaitu pada waktu siang dan waktu malam.
Pengendalian rancangan pada waktu siang akan dikendalikan 100 peratus oleh pelajar Program Komunikasi dan Pengurusan Maklumat dengan berpandukan pada etika peraturan yang sedia ada. Malah penyiaran pada waktu tersebut juga disasarkan kepada warga kampus.Manakala, penyiaran pada waktu malam pula disusun bagi pengguna Internet dan penduduk luar negara.
Laman Utama Isu kampus Berita Kampus Penyelidikan Panorama Teknologi Maklumat Info Umum English Seni Budaya Sukan Editorial UKM |