Laman Utama    Isu kampus  Berita Kampus    Penyelidikan    Panorama    Teknologi Maklumat   Info Umum   English   Seni Budaya   Sukan     Editorial    UKM

ILKAP Pusat Latihan Unggul
Oleh: Katherine Fam Swee Lian

INSTITUT Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) adalah satu nama yang  memang tidak asing lagi bagi masyarakat  kawasan Bangi. Semenjak penubuhannya hingga tahun 2002 sebanyak 4,052 peserta telah mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran ILKAP tersebut    

 Peningkatan kursus juga berlaku dari tahun ke setahun, contohnya pada tahun 2002 sebanyak 162 kursus telah disediakan dan meningkat sebanyak 70 kursus atau 43.2 peratus  lagi bagi tahun berikutnya. Penubuhan ILKAP ini merupakan hasil daripada satu laporan “Cadangan Bagi Menyegerakan Penyelesaian Kes-kes di Mahkamah” yang ditentukan oleh pihak MAMPU kepada Jemaah Menteri.

ILKAP memainkan peranan yang penting memberi latihan berterusan kepada pegawai kehakiman dan perundangan serta kakitangan khidmat sokongan yang terlibat dalam proses keadilan.ILKAP dilengkapi pelbagai kemudahan. Kampus ini memiliki lebih 200 bilik penginapan yang selesa dan menarik, bilik kuliah,  pusat maklumat (perpustakaan) yang canggih, auditorium, theaterette, surau, dan makmal bahasa serta kemudahan sukan dan riadah.Perkhidmatan sistem pengkomputeran dan “Networking” ILKAP merangkumi jaringan sistem maklumat kebangsaan berkomputer.Ia  dihubungkan dengan jaringan lain di seluruh dunia, LAWPAC yang mempunyai indeks kepada law journal serta sistem perpustakaan ber-komputer.

 

Masjid Putra keajaiban dunia ke 8?
Oleh:  Zainab Meh

 ‘TAMAN Babylon Malaysia’, nama ini berkemungkinan sesuai bagi menghayati keindahan Masjid Putra.Sekiranya di pandang dari sudut belakang, Masjid Putra dikelilingi dengan air Tasik Putrajaya yang memperlihatkan ia  seolah-olah terapung di permukaan air. Kubahnya yang berwarna merah jambu menyerlahkan lagi keindahan Masjid Putra.

Masjid Putra terletak di dalam Bandar Putrajaya iaitu satu daripada dua buah “bandar intelek” di bawah projek Koridor  Raya Multimedia (MSC).Ia merupakan satu projek zon teknologi yang seluas 15 x 50 km.Bandar ini menjadi kebanggaan negara kerana ia adalah satu–satunya bandar di dalam taman yang dilengkapi dengan jaringan informasi berdasarkan teknologi multimedia serta kemudahan infrastruktur yang tinggi.

Masjid Putra mempunyai identiti yang tersendiri.Masjid Putra diambil nama sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.  Ianya bertujuan untuk mengenangkan jasa yang ditaburkan oleh Bapa Kemerdekaan ini.

Keseluruhan konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan untuk menstabilkan perubahan bentuk segiempat Dewan Solat kepada bentuk bulat kubah dan meletakkan segilapan sebagai bentuk perantaraan.

“Masjid Putra adalah gabungan keunikan yang diadaptasi dari bangunan-bangunan yang menarik di dunia, oleh itu ia tidak boleh diiktiraf sebagai keajaiban dunia yang kelapan”. Demikian pendapat bekas penuntut  Fakulti Kejuruteraan (Awam), Universiti Putra Malaysia, Syamsul Izwan Bin Saidin.

‘Sesuatu benda diiktiraf dunia sebagai keajaiban apabila struktur pembinaanya unik dan tidak terdapat di mana-mana  tempat di dunia ini”, jelas beliau lagi.Masjid Putra melambangkan identiti Malaysia iaitu sebuah negara Islam dan kesuciaan Agama Islam.Ini kerana ia terletak di dalam Bandar Putrajaya yang merupakan pusat pemerintahan negara.

Selain itu, di sisi kiri pintu gerbang Masjid Putra, berdiri megah menara setinggi 116 meter yang berbentuk bintang lapan penjuru yang menggambarkan keunggulan senibina dan senireka Islam dan menara ini mempunyai lima tingkat untuk melambangkan lima Rukun Islam dan sembahyang lima waktu. Masjid Putra dianggap sebagai mercu utama Bandar Putrajaya walaupun ianya di kelilingi dengan beberapa buah bangunan yang cantik dan gah berdiri.

Ia menjadi tumpuan utama masyarakat kerana keunikan dan keistimewaan struktur pembinaanya.Sementara itu pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (Psikologi) berpendapat, “ketenangan air Tasik Putrajaya, kesegaran udara yang bertiup serta kehijauan dan keindahan taman di sekitar Masjid Putra seolah-olah melambai dan mempengaruhi pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat keunikan yang dimilikinya”.

“Masjid Putra dibina perancangan, dari segi lanskap kedudukannya strategik  kerana ia terletak bersebelahan Dataran Putra dan berhadapan Tasik Putrajaya”, kata Pelajar Tahun Akhir Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia,  Sanisah Abu Seman.Menurut beliau lagi, kedudukannya yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya menjadikannya kelihatan lebih unik dan istimewa.  

Oleh kerana Masjid Putra dikelilingi air Tasik Putrajaya, udara di sekitarnya menjadi begitu nyaman dan menyegarkan.Selain itu, udara dari Tasik Putrajaya yang bertiup masuk ke dalam pula akan menyejukkan suasana masjid ini. Di samping itu, Masjid Putra ini juga dilitupi dengan danau hijau yang menyegarkan pemandangan.

Taman-taman  indah yang menghiasi persekitaran Masjid putra menjadikan ia sebagai salah satu destinasi persinggahan masyarakat tempatan serta pelancong asing.Masjid Putra dibina bukanlah semata–mata untuk mendirikan solat, direka dengan teliti yang membolehkan pelbagai aktiviti keagamaan dilakukan seperti pada zaman nabi.“Masyarakat hari ini hanya memandang masjid sebagai tempat untuk beribadat iaitu bersolat, walhal masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk menuntut ilmu” kata pelajar tahun dua, Fakulti Pengajian Islam, Nor Hafizah binti Mohd Yusoff.Menurut beliau, masjid perlu dipelbagaikan fungsi selain fungsi utamanya sebagai tempat ibadat. Apa yang dilakukan dalam Masjid Putra adalah sesuatu yang patut dipuji.

Ini kerana selain ia dijadikan tempat ibadat ia juga menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan.Masjid Putra mempunyai empat aras, yang setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Di aras pertama terletaknya dewan solat utama wanita yang boleh menampung 2000 jemaah, manakala di aras bawah adalah nadi utama Masjid Putra.

Hal ini kerana dewan solat utama yang boleh menampung kira – kira 8000 orang jemaah terletak di sini. Di aras ini juga terdapat sebuah laman yang terbuka di antara ruang solat utama dengan pintu masuk utama.Ia merupakan tapak bagi menara setinggi 116 meter dan dihiasi dengan kolam–kolam air serta tumbuhan segar dan boleh menampung kira – kira 5000 jemaah.

Di aras bawah satu pula menempatkan pelbagai kemudahan iaitu sebuah auditorium yang memuatkan kira –kira 450 orang, dewan makan dengan kapasiti 400 orang dan sebuah ruang legar atau pameran. Ia juga menempatkan pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik kuliah yang boleh menampung kira-kira 100 orang setiap bilik, bilik pengurusan jenazah, rumah kakitangan dan tempat wudhuk serta bilik air.

Bahagian akhir sekali adalah aras bawah kedua yang menjadi penghubung utama kepada sesiaran yang merupakan rangkaian jalan untuk pejalan kaki mengelilingi tasik Putrajaya. Aras ini juga digunakan  oleh pihak pentadbir sebagai pusat penyelenggaraan bangunan masjid.

Masjid Putra dibina bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadat tetapi juga sebagai tempat untuk melakukan aktiviti keagamaan.Ia juga boleh dijadikan tempat untuk merehatkan minda dengan menikmati keindahan ciptaan  Allah s.w.t serta sujud mensyukuri anugerah-Nya.Masjid Putra kini menjadi satu lagi tumpuan pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara.Bolehlah dikatakan fungsi masjid pada hari ini telah bertambah iaitu sebagai satu destinasi pelancong.

 

Perpustakaan Daerah Hulu Langat
Oleh: Sophia Lim Ang Tyng


SATU
lagi gedung ilmu yang boleh dikunjungi oleh pelajar UKM untuk menambah ilmu pengetahuan ialah Perpustakaan Daerah Hulu Langat yang terletak  berhadapan bangunan Kompleks Pen-tadbiran Daerah Hulu Langat. Ia di-tubuhkan pada 1Oktober 2003 dan dirasmi-kan oleh Pengarah PPAS, iaitu, Datin Paduka Hajah Shahaneem Hanoun.

Seiring dengan era teknologi canggih kini, konsep pengurusan perpustakaan adalah secara digital. Misalnya, pengkelasan bahan bacaan dikendalikan oleh sistem Dwi Decimal Classification.Keahlian Perpustakaan adalah terbuka kepada orang ramai yang bermastautin di Negeri Selangor Darul  Ehsan dan pendaftaran adalah percuma.

Antara perkhidmatan yang akan diadakan adalah seperti pinjaman, rujukan, ruang bacaan kanak-kanak, bacaan ringan, Multimedia / Internet, OPAC (Online Public Access Cataloging) dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan lain adalah seperti kantin, surau, perkhidmatan fotostat, Bilik Seminar yang boleh memuatkan kira-kira 60 orang dan Bilik Perbincangan.
 

 

Laman Utama    Isu kampus  Berita Kampus    Penyelidikan    Panorama    Teknologi Maklumat   Info Umum   English   Seni Budaya   Sukan     Editorial    UKM